Klasifikasi Bahasa Turki Osmaniah

Bahasa Turki Osmaniah adalah ahli kepada kumpulan bahasa Turki Oghuz. Ahli lain dalam kumpulan ini termasuklah bahasa Azerbaijan yang dituturkan di Azerbaijan dan di barat laut Iran, bahasa Gagauz di Gaugazia, bahasa Qashqai di selatan Iran dan bahasa Turkmen di Turkmenistan.

Dari segi sejarah pula, keluarga bahasa Turki dilihat sebagai satu cawangan daripada keluarga besar bahasa Altai yang di bawahnya termasuklah bahasa Jepun, bahasa Korea, bahasa Mongolia dan bahasa Tungus, dengan pelbagai keluarga bahasa lain turut dicadangkan oleh ahli linguistik.

Teori bahasa Altai ini tidak diterima lagi sejak tahun 1960an dan majoriti ahli linguistik kini menganggap bahasa Turki sebagai bahasa tersendiri yang tidak berkaitan dengan keluarga bahasa lain walaupun hipotesis bahasa Altai ini masih lagi menerima sokongan daripada sebilangan kecil ahli linguistik perseorangan.

Teori Ural-Altai dari abad ke-19 masihi yang mengelompokkan bahasa Turki sekali dengan bahasa Finland, bahasa Hungary dan bahasa Altai dianggap semakin tidak relevan selepas penolakan teori Altai. Teori Altai ini didasarkan kebanyakannya kepada hakikat bahawa bahasa-bahasa ini berkongsi ciri seperti imbuhan, keharmonian vokal dan kekurangan perbezaan gender dalam tatabahasanya.