Ahad, 20 Jun 2021

Restu kepada Altai

Lagu ini berjudul "Altaydyn Alkyzhy" yang bermaksud Restu kepada Altai. Seniman yang terlibat adalah Danil Danzheev, Ezendey Balbin dan Aian Enchinov. Video mereka ini dirakam pada November 2020 di Altai sendiri. Gambar hiasan di atas pula adalah di Taman Simpanan Markakol, Pergunungan Altai, Kazakhstan. Gambar itu diambil oleh Dmitry A. Motti. Aku rasa lagu ini sesuai untuk didengari semasa perayaan Krismas atau sekitar musim sejuk bulan Disember. Bunyi haiwan liar yang dibunyikan oleh budak Caucasia itu memang sebiji. Mengagumkan!

Sumber: Seniman Bai Terek, 18 Disember 2020

Khamis, 4 September 2014

Lagu Perang Turki


Lagu ini dinyanyikan oleh orang Tatar Nogai... Nikmati kempen peperangan mereka :)
  • Judul: Donbira 
  • Penyanyi: Arslan Bek Sultan Bekov
  • Bahasa: Turki Tatar
Rujukan

Rabu, 3 September 2014

Rumpun Bahasa Turki

 
Bahasa rumpun Turki adalah sekelompok 35 bahasa yang didokumentasikan dan dituturkan oleh bangsa Turki di plat Eurasia dari Eropah Timur, Kaukasus, Asia Tengah dan Asia Barat menuju ke Asia Utara khususnya di Siberia serta Asia Timur. Rumpun bahasa ini didakwa berasal dari Asia Timur bermula di Barat China sehingga ke Mongolia. Ia didakwa telah dibawa oleh orang Proto-Turki ke Asia Tengah dan melebar ke barat pada milenium awal.
Bahasa-bahasa Turki ini dituturkan sebagai bahasa ibunda oleh 170 juta orang manusia. Jumlah keseluruhan penutur bahasa jenis ini termasuklah mereka yang menuturkannya sebagai bahasa kedua adalah seramai 200 juta orang manusia. Bahasa Turki yang terbesar sekali jumlah penuturnya adalah bahasa Turki Seljuq yang dituturkan di Anatolia dan negara-negara Balkan di Eropah Timur. Penutur yang menggunakannya sebagai bahasa ibunda adalah kira-kira 40 peratus daripada jumlah semua penutur bahasa Turki.

Berikut adalah senarai bahagian untuk pembelajaran bahasa Turki sama ada dari Anatolia atau dari Asia Tengah dan Asia Timur.
Rujukan untuk pengetahuan asas boleh didapati dengan klik pada tajuk, "Altaic Languages" yang diterbitkan oleh Wikipedia, sebuah ensiklopedia terbuka dalam talian. Para pembaca bolehlah memberikan sumbangan berupa kewangan dan juga maklumat kepada ensiklopedia ini bagi membantu menyebarkan ilmu pengetahuan di seluruh dunia. Terima kasih.