Teori Keluarga Bahasa Altai

Bahasa Altai atau Transeurasian adalah merupakan sprachbund atau kawasan linguistik dan mencadangkan satu keluarga bahasa yang memasukkan bahasa Turki, Mongol dan Tungus serta kemungkinan juga bahasa Jepun dan Korea sebagai serumpun.

Penutur bahasa-bahasa ini pada masa ini bertebaran di 35 °N utara benua Asia dan di beberapa bahagian timur benua Eropah, melebar dalam longitud dari Turki ke Jepun. Kumpulan ini dinamakan sempena banjaran pergunungan Altai di tengah Asia. Keluarga bahasa yang dihipotesiskan ini telah lama ditolak oleh ahli linguistik perbandingan walaupun ia terus disokong oleh segolongan kecil cendekiawan.

Cadangan keluarga bahasa ini awalnya dikemukakan pada abad ke-18 masihi. Ia tidak diterima secara meluas sehinggalah tahun 1960an dan masih lagi disenaraikan dalam banyak ensiklopedia serta buku panduan. Sejak tahun 1950an, ramai ahli linguistik perbandingan menolak cadangan ini selepas kognat yang dicadangkan itu tidak sah. Kognat tersebut tidak menunjukkan bahawa berlaku perubahan bunyi antara bahasa jenis Turki dan Mongolia seterusnya membuktikan bahawa kedua-dua jenis bahasa ini bukan berasal dari bahasa yang satu sebelum berpecah selepas beberapa abad.

Mereka yang menentang teori ini mencadangkan bahawa persamaan yang berlaku itu adalah kerana pengaruh linguistik yang serupa antara kelompok-kelompok yang dibincangkan itu. Penyokong teori Altai moden mengambil maklum berkenaan dengan banyak sekali ciri yang berlaku hasil dari perhubungan dan percantuman maka ia tidak boleh diambil sebagai bukti kepada hubungan genetik namun mereka masih lagi membahaskan bahawa asas kepada keselarian itu boleh dijejaki dari nenek moyang yang sama.

Hipotesis asal menyatukan hanya kumpulan Turki, Mongol dan Tungus. Kemudian, terdapat cadangan yang memasukkan kumpulan Korea dan Jepun ke dalam keluarga "Makro-Altai" walaupun cadangan ini masih lagi dipandang dengan penuh kontroversi. Kebanyakan penyokong teori Altai ini terus menyokong kemasukan bahasa Korea ke dalam kelompok keluarga bahasa ini. Keluarga "Makro" dari nenek moyang bahasa Proto-Altai yang sama dibangunkan semula secara tentatif oleh Sergei Starostin serta lain-lain.

Keluarga Mikro-Altai pula merangkumi 66 bahasa yang masih lagi hidup. Dalam keluarga Makro-Altai pula, bahasa Korea, bahasa Jeju dan bahasa Ryukyu dimasukkan sekali menjadikan jumlahnya sebanyak 74 bahasa. Selain itu, hal ini turut bergantung kepada sama ada bahasa yang dipertimbangkan itu adalah bahasanya sendiri atau sejenis loghat dalam satu bahasa. Jumlah ini tidak memasukkan bahasa-bahasa yang disebut awal tadi seperti bahasa Mongol Pertengahan, bahasa Korea Tua dan bahasa Jepun Tua.

  • Perakuan Awal Keluarga Bahasa Altai
  • Sejarah Konsep Bahasa Altai
  • Perbahasan
  • Hipotesis tentang Tanah Air Asal
Bahan-bahan rujukan boleh dicari di perpustakaan atas talian atau melalui ensiklopedia percuma wikipedia. Maklumat-maklumat ini tidaklah muktamad dan boleh berubah oleh itu dilarang mengambil maklumat-maklumat ini sebagai fakta tanpa kebenaran. Sekian, terima kasih.