Sebagai makluman, aku telah menonton beberapa siri video dari ahli bahasa di Youtube. Aku dapati beberapa video yang menarik di mana mereka berkongsi perbendaharaan kata yang sama antara bahasa mereka dengan bahasa berjiran di rantau mereka. Bahasa Turki menarik minat aku disebabkan oleh sejarah bangsa Turki itu sendiri dan keluasan penyebaran bahasa pertuturan ini iaitu merangkumi Timur serta Barat.
Oleh itu, aku cuba mencatitkan perbendaharaan kata bagi membantu aku mempelajari bahasa jenis Turki dengan cepat.
Selain itu, aku turut memilih bahasa Parsi, bahasa Arab dan bahasa Urdu kerana aku berminat dengan ketiga-tiga bahasa ini selain daripada bahasa rumpun bahasa Turki. Bahasa-bahasa ini berpengaruh juga di Semenanjung Tanah Melayu, Sumatera dan Siam.
Bagi perbendaharaan kata yang dikutip ini, aku mengucapkan terima kasih kepada ahli bahasa dalam Youtube seperti Bahador Alast dan isteri beliau. Gambar hiasan di atas dipetik dari rencana Central Asia: Motherland of Turkic Peoples hasil tulisan Said Abdul Razzaq bertarikh 23 Januari 2017 di halaman akhbar Asharq al-Awsat.
