Rabu, 7 Januari 2015

Bahasa Turki Uzbek

Bahasa Turki Uzbek adalah merupakan bahasa rasmi pertama dan satu-satunya bahasa yang diisytiharkan sebagai bahasa rasmi di negara Uzbekistan. Bahasa Turki Uzbek dituturkan oleh sekitar 27 juta penutur sebagai bahasa ibunda di Uzbekistan. Sekitar 3-4 juta di Afghanistan dan sekitar lima juta di Asia Tengah. Hal ini menjadikannya sebagai bahasa kedua yang paling banyak dituturkan selepas bahasa Turki Seljuq.
 
Bahasa Turki Uzbek tergolong dalam kelompok bahasa Turki Timur dari cawangan Karluk. Pengaruh luar yang diserap olehnya adalah dari bahasa Arab, Parsi dan Russia. Salah satu perbezaan antara bahasa Turki Uzbek dan bahasa Turki lain adalah vokal /ɑ/ membulat menjadi vokal /ɔ/ yang dipengaruhi oleh bahasa Parsi. Tidak seperti bahasa Turki lain, harmoni vokal sudah hilang habis dalam bahasa Turki Uzbek walaupun kadang-kala ia masih lagi diamalkan dalam loghat-loghat di Uzbekistan seperti yang berlaku kepada bahasa bersaudaranya dari keluarga Karluk iaitu bahasa Uighur.