Memaparkan catatan dengan label seljuq. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label seljuq. Papar semua catatan

Selasa, 13 September 2022

Perbendaharaan Bahasa Turki

 

Aku telah menonton beberapa video dari ahli bahasa di Youtube. Terdapat beberapa video yang menarik di mana mereka berkongsi perbendaharaan kata yang sama antara bahasa mereka dengan bahasa dari rantau yang berjiran dengan mereka. Bahasa Turki menarik minat aku disebabkan oleh sejarah bangsanya dan juga keluasan sebaran pertuturan bahasanya dari Timur sampailah ke Barat. Oleh itu, aku cuba mencatitkan perbendaharaan kata tersebut bagi membantu aku mempelajarinya dengan cepat.

Bahasa yang aku pilih di sini adalah bahasa Parsi, bahasa Arab dan bahasa Urdu kerana aku mahu menguasai bahasa-bahasa ini juga selain daripada bahasa dari rumpun bahasa Turki. Selain itu, tamadun mereka turut berkait rapat dengan rantau tempat aku tinggal kini.
 
Bagi perbendaharaan kata yang aku kutip itu, aku ingin mengucapkan terima kasih kepada ahli bahasa seperti Bahador Alast dan isteri beliau. Nanti aku akan catitkan nama mereka yang membantu orang ramai dalam video pendidikan mereka. Gambar hiasan di atas dipetik dari rencana Central Asia: Motherland of Turkic Peoples hasil tulisan Said Abdul Razzaq bertarikh 23 Januari 2017 di halaman Asharq al-Awsat. Aku mengucapkan terima kasih kepada mereka yang menyumbang ke arah pendidikan di alam maya.  

Selasa, 10 Februari 2015

Bahasa Turki Osmaniah

Aku sedang cuba mempelajari bahasa Turki tidak kira dari Republik Turki atau dari rantau Asia Tengah di negara-negara berbahasa Turki seperti Uzbekistan atau Azerbaijan. Bahan pelajaran dipetik dari pelbagai jenis sumber rujukan.
Kursus Bahasa Turki

Kursus asas bahasa Turki ini dicedok dari perisian Duolingo untuk kegunaan persendirian aku dan pendidikan sahaja.
Rujukan
Sekian, terima kasih.